24 Januari 2012

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

1 Rabiul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama dilapor bergerak lancar pagi ini, namun jumlah kenderaan semakin meningkat.

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melaporkan aliran trafik lancar di semua lebuh raya kendaliannya termasuk di Lebuhraya Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun dua kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan iaitu di KM125.4 arah utara dari Yong Peng ke Pagoh pada 10.10 pagi ini dan di KM152.4 arah selatan dari Bukit Tambun ke Jawi pada 10.07 pagi.

Kedua-dua kemalangan itu tidak menjejaskan aliran trafik.

PLUS turut menasihati pengguna lebuh raya agar mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengelakkan kesesakan trafik kerana hari ini adalah hari terakhir cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan satu kemalangan berlaku di KM279.0 arah utara berhampiran Seremban-Nilai, membabitkan sebuah kereta pada 9.06 pagi ini. - BERNAMA

Tiada ulasan: