24 Januari 2012

PAS Sesuai untuk Semua Kaum dan Agama


1 Rabiul Awal 1433H. [MOD] -

MIRI - Sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, rombongan PAS Miri telah berkunjung ke rumah masyarakat Cina di sekitar bandaraya Miri, Ini merupakan kunjungan muhibah yang dilakukan oleh PAS Miri untuk merapatkan perhubungan antara kaum dan agama.

PAS Miri sentiasa mendekati semua kaum di Miri tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan aktiviti sebegini, masyarakat di Miri akan mudah mengenali PAS secara dekat. Ini juga secara tidak langsung akan menghakiskan perasaan takut dan salah faham masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap PAS selama ini.

Ada sesetengah pihak mendakwa, PAS akan ditolak di Miri atau di Sarawak disebabkan PAS hanya sebuah parti yang memperjuangkan Islam semata-mata tanpa memikirkan masalah orang lain.

Dakwaan ini adalah tidak tepat, hanya mereka yang takut akan kedudukan mereka terancam dan jahil saja yang beranggapan begitu.

PAS Miri telah membuktikan bahawa dakwaan tersebut tidak tepat, dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari berbagai kaum dan agama telah dengan sendirinya menafikan dakwaan tersebut.

Kalau PAS tidak terima oleh masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak, sudah tentu mereka ini, tidak akan bersama PAS dan menubuhkan DHPP. Setelah mereka mendapat kefahaman tentang perjuangan PAS dan Islam, mereka yakin bahawa PAS boleh di terima oleh semua kaum dan agama di Negara ini.

Atas usaha yang dilakukan oleh PAS Miri selama ini, telah menunjukan peningkatan sokongan yang positif,dari masyarakat Islam, dan bukan Islam terhadap PAS di Miri dan juga Sarawak.

Mereka menerima PAS dengan baik dan akan memberi kerjasama jika PAS bertanding dalam kawasan bandar dan Luar Bandar, dengan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS sudah pasti mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke13 nanti.

Kita akan sentiasa memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berbilang kaum di Miri khususnya, bahawa kedatangan PAS di Miri bukan saja sebagai sebuah politik dan dakwah semata-mata bahkan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dan memberi kebajikan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tiada ulasan: