23 Januari 2012

Liga Arab gesa Assad lepas kuasa

29 Safar 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Liga Arab meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.

Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu “melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan.

Ditempatkan sejak 26 Disember lalu bagi meyelaras pelan damai Liga Arab, misi itu dikritik kerana gagal menyekat tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan yang menyebabkan ramai terkorban.

Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Riyadh sudah menarik balik pemerhatinya daripada misi itu kerana kerajaan Syria "tidak menghormati sebarang fasal" dalam pelan Arab itu bagi menamatkan krisis. - AFP

1 ulasan:

Awanama berkata...

Raja Raja arab kaki enjoy yang tiada demokrasi nasihat assad ...macam bastard nasihat bastard yang lain...atau adakah ini arahan US dan israel