17 Februari 2012

Singapura nafi laporan cubaan bunuh menteri Israel

24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SINGAPURA 17 Feb. – Singapura semalam menafikan laporan sebuah akhbar berhubung polis negara ini berjaya menggagalkan rancangan untuk membunuh Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

“Laporan tersebut tidak benar sama sekali dan perkara sedemikian tidak berlaku di Singapura," katanya.

Media Israel yang memetik laporan daripada akhbar Kuwait, Al Jarida berkata, pihak berkuasa Singapura bersama agensi perisikan Israel, Mossad berjaya menggagalkan rancangan pembunuhan Barak ketika beliau mengunjungi negara ini bagi menghadiri pertunjukan udara dan mengadakan perbincangan pada minggu ini.

Tambah laporan tersebut, tiga anggota Hezbollah warga Iran turut ditahan pihak berkuasa Singapura selepas disyaki merancang untuk membunuh Barak. – AFP

Tiada ulasan: