28 Julai 2012

Labu air luar biasa

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PASIR MAS - Kebiasaannya, buah labu air mencapai kepanjangan tidak lebih daripada 30 sentimeter (cm). Berbeza pula dengan labu air di Kampung Belukar, apabila ia mencapai ketinggian lebih 150 cm.

Guru al-Quran, Pak Su Mail berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perubahan, ketika mula menanam buah labu air di belakang madrasah.

Namun katanya, dia mula berasa pelik, apabila mendapati buah itu tidak berhenti membesar, setiap kali melihatnya selepas mengajar al-Quran di madrasah tersebut.

“Ramai juga yang bertanya mengenai buah ini, namun ia hanya buah biasa seperti yang diperoleh di pasar.

“Saya juga tidak meletakkan sebarang baja, sebaliknya membiarkannya tumbuh di belakang madrasah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas mendapati buah ini berhenti membesar, dia dapati buah ini, mencapai lebih kurang 1.8 meter panjang.

Katanya, dia tidak menyangka, akan mendapat buah labu air panjang, dan menyifatkannya sebagai rezeki daripada ALLAH SWT kepadanya.

sinar harian/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebesaran Allah, apabila ayat-ayat suci Al-Quran dikumandangkan berhampiran dengan poko buah pun buleh memanjang.