03 Oktober 2012

Himpit, PAS Ganti Umno 5.0 pada 5-6 Okt di Jabi

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


SETIU: PAS Terengganu akan menyuntik semangat anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) dan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 5.0 di Pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober ini.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

“Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

“Pengundi muda ini menjadi sasaran kepada mana-mana parti bertanding termasuk PAS dan Umno. Kita tidak mahu terlepas peluang ini, Insya Allah,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Program PGU 5.0 menjelaskan program Himpit lebih mensasarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan muslimat.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: