17 Oktober 2012

Tembakan isi minyak

1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


TEMBAK...beberapa anggota polis   melakukan siasatan di tempat kejadian dan kesan tembakan di kereta Proton Wira milik Ong ( gambar kecil).
 
TEMBAK...beberapa anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan kesan tembakan di kereta Proton Wira milik Ong ( gambar kecil). 
 
KOTA BHARU: “Saya baru saja mahu mengisi minyak kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan beberapa kali. Disebabkan panik, saya tidak sempat berfikir atau melihat apa-apa,” kata Ong Sok Cha, 48, saksi kejadian samun dan tembak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang peniaga berbangsa Siam luka di bahagian kanan kepala dan lengan selepas terkena tembakan dilepaskan seorang suspek.

Mangsa, Samnuan Sunnuan, 21, dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama rakan wanitanya, Lee Win Dee, 20, singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kereta Perodua Myvi sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sepucuk pistol dan memasuki kereta itu.

Akibat ketakutan, Lee berlari keluar lalu masuk ke dalam kereta Proton Wira milik Ong sambil diikuti suspek, Samnuan ditembak tiga das ketika cuba membantu rakannya itu.

kosmo/-

Tiada ulasan: