22 November 2012

16 lelaki dicari bantu kes polis

16 lelaki dicari bantu kes polis8 Muharram 1433H. [MOD] -
 
16 lelaki dicari bantu kes polis
 
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mencari 16 lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semua lelaki yang dicari mempunyai kes jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pecah rumah.
Menurutnya, individu yang dicari pernah terlibat dalam beberapa kes pecah rumah sejak tahun 2006 hingga 2011.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi balai berhampiran atau Bahagian D4, JSJ, IPK KL di talian 03-21460613 bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Travers di sini, semalam.

Individu yang dicari adalah Chiang Hon Hing, 39, beralamat terakhir di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur; Tan Poi Tong, 54, - Sungai Jarom, Jenjarom, Selangor; Muhamad Sanawi Mansor, 23, - Taman Putri, Kulai, Johor; Izman Mazrul Ismail, 30, - Hala Tasek Timur, Anjung Bercham Elit, Bercham, Ipoh, Perak; Ramu Muthusamy, 35, - Batu Caves, Selangor; Tee Hoan Chin, 33, - Jalan Midah, Cheras.

Redzuan Yusuf, 34, beralamat terakhir di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan; Krishamurthi Thangaian, 24, - Kampung Baru Kundang, Rawang; Gobi Nair Madhavan, 33, - Jinjang Utara Tambahan, Kuala Lumpur; Lee Seng Siong, 36, - Sri Damansara; Amit Singh Kalimuthu, 34, - Jalan Desa Rejang, Setapak Jaya.

Muhammad Ezzad Ahmad Tajudin, 24, beralamat terakhir di Kondo Rakyat, Jalan Pantai Dalam; Fong Chin Too, 27, - Jalan Kuchai Lama, Happy Garden, Kuala Lumpur; Choong Hoong Wai, 24, - Jalan Klang Lama; Chong See Chin, 25, - Seksyen 12, Petaling Jaya dan Mohd Sani Mohd Arifin, 32, - Bukit Panau, Tanah Merah.

sinar/-

Tiada ulasan: