13 November 2012

Emirates A380 patah balik ke Sydney, alami masalah enjin

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

SYDNEY: Masalah enjin yang dialami pesawat Emirates A380 mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik ke Sydney ketika difahamkan penumpang terdengar bunyi kuat serta ternampak pancaran cahaya, demikian menurut syarikat penerbangan itu. 

Juruterbang pesawat Airbus berpangkalan di Dubai itu bersama 380 penumpang membuat keputusan untuk berpatah balik sejurus berlepas pada malam Ahada. 

"Penerbangan Emirates EK413 dari Sydney ke Dubai pada 11 November terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana masalah enjin. 

"Pihak Emirates meminta maaf atas kesulitan yang disebabkan kepada penumpang. Bagaimanapun, keselamatan penumpang kami dan krew adalah keutamaan dan kami tidak akan bertolak ansur," katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan di sini, hari ini. - AFP 

Tiada ulasan: