14 November 2012

Gerhana matahari di utara Australia hari ini


29 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



SYDNEY 14 Nov. - Kira-kira 60,000 saintis, ahli astronomi dan peminat gerhana kini berkumpul di negara ini bagi menyaksikan gerhana matahari yang akan berlaku di utara Australia, awal pagi ini, waktu tempatan.

Bagaimanapun, keterujaan mereka untuk menyaksikan gerhana yang kali terakhir berlaku di wilayah ini 1,300 tahun lalu sedikit terjejas ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Queensland cuaca mendung ketika gerhana itu berlaku.

Gerhana itu dijangka berlaku kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.

Sekiranya cuaca baik, orang ramai boleh melihat bulan dalam bentuk cakera hitam melintas di hadapan matahari yang akan mengakibatkan cuaca redup dan suhu jatuh. - AGENSI


Tiada ulasan: