04 November 2012

IKLAN TAWARAN WAKAF KPDA@HARAKAH CETAK - Pakej Khas untuk pewakaf

19 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Merujuk kepada iklan WAKAF KPDA yang tersiar di Harakah edisi cetak hari ini (EDISI ISNIN, 5-8 November 2012) di muka surat F6(Negeri) dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal berkaitan dgn penyiaran template iklan dimana pihak Harakah telah tersalah siar sekaligus telah memuatnaik iklan WAKAF KPDA untuk edisi sept-oktober 2012 (foto di bawah) dimana Jualan Amal Musim Haji yang menawarkan jualan wakaf bangunan untuk 1 lot sebanyak RM200* telah pun tamat berdasarkan kepada tarikh yang ditulis diatas template iklan tersebut iaitu pada 31 Oktober 2012 yang lalu.

Walaubagaimanapun oleh kerana iklan itu telah disiarkan di akhbar Harakah hari ini, pihak pengurusan KPDA telah memutuskan pakej tawaran KHAS itu diteruskan dimana pewakaf masih boleh membeli lot wakaf KPDA itu dengan harga RM200 sehingga iklan terkini (edisi Nov-Dis 2012) seperti diatas, yang menawarkan PAKEJ BARU disiarkan di Harakah pada keluaran akan datang.

Oleh itu kepada umat islam yang ingin membeli wakaf lot bangunan KPDA masih boleh membuat bayaran RM200 bagi belian (1) lot wakaf terus melalui Maybank di akaun 5584 1710 2994 atas nama Persatuan Kebajikan Islam Idham Care selaku pemegang amanah dana KPDA.

 " SEKARANG SIAPA SAHAJA MAMPU BERWAKAF DAN MEMILIKI NASKAH AL-QURAN DIGITAL TERKINI "

Untuk pertanyaan dan butiran lanjut sila hubungi 012-7125340 atau talian Hotline 016-4951221 (8 pagi - 6 petang) Terima Kasih

Tiada ulasan: