08 November 2012

Obama raih 72 peratus undi minoriti Asia-Amerika


23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



WASHINGTON: Presiden Barack Obama meraih sokongan yang signifikan daripada penduduk keturunan Asia-Amerika bagi membolehkannya meneruskan penggal kedua di Rumah Putuh. 

Pengundi juga memberi undi kepada beberapa muka baru dalam Kongres Amerika Syarikat (AS), termasuk Ahli Kongres pertama beragama Hindu, iaitu Tulsi Gabbard, 31, untuk kerusi Hawaii. 
Tinjauan membabitkan kumpulan komunuti pengundi yang dijalankan, mendapati 72 peratus keturunan Asia-Amerika memilih Obama pada pilihan raya semalam, sekali gus membolehkan Obama yang berketurunan Afrika-Amerika mengulangi sokongan dua pertiga seperti 2008. 


Meskipun jumlah pengundi keseluruhan Asia-Amerika adalah kecil, ia dilihat kumpulan pengundi yang semakin membesar di Amerika iaitu 3.4 peratus dalam pengundi berdaftar, meningkat 2.7 peratus empat tahun lalu. 

Obama juga meraih sokongan hebat daripada keturunan berkulit hitam dan pengundi Hispanic, sekali gus memberi kekuatan kepadanya bagi mengalahkan pencabar, Republikan, Mitt Romney yang kebanyakan pengundi terdiri berkulit putih. 

“Tiada persoalan lagi bahawa tiga kumpulan minoriti ini bergabung dan memberi perbezaan undi kemenangan kepada Obama secara keseluruhannya dan juga kemenngan di beberapa negeri utama," kata Matt Barreto, daripada firma penyelidikan Latino Decisions. 

Kajian itu juga menunjukkan kumpulan Asia-Amerika menyokong Obama sama seperti tinjauan yang dijalankan pertubuhan media dengan isu utama mendapat perhatian mereka ialah ekonomi. - AFP

Tiada ulasan: