09 November 2012

Ribut petir diramal di sebelah petang pada Deepavali

24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali Selasa ini.

Menurut jabatan itu hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.

Kelantan dan Terengganu turut diramalkan menerima hujan pada sebelah petang.

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka mengalami cuaca cerah pada sebelah petang.

Bagaimanapun, pada sebelah paginya, hujan diramalkan di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak manakala negeri lain dijangka cuaca cerah.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari www.met.gov.my untuk mengetahui maklumat cuaca setiap hari di seluruh negara. - Bernama

Tiada ulasan: