24 Januari 2013

Abang presiden Korea Selatan dipenjara 2 tahun, bersalah tuduhan rasuah

12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Lee Sang-DeukLee Sang-Deuk

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap abang Presiden Lee Myung-Bak selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. 



Mahkamah Daerah Seoul Tengah turut mengarahkan Lee Sang-Deuk, 77, untuk membayar 750 juta won (AS$701), iaitu jumlah sama yang difailkan bagi pertuduhan rasuah membabitkan kakitangan bank dan seorang ahli perniagaan. 



Lee, wakil rakyat di negara itu untuk enam penggal ditahan Julai tahun lalu atas pertuduhan rasuah dan didakwa cuba membantu beberapa bank mengelakkan daripada diaudit. 



Keputusan mahkamah yang dibacakan hari ini disifatkan sesuatu yang memalukan bagi pihak adiknya iaitu presiden negara itu; di mana sebelum ini terpaksa meminta maaf susulan beberapa kes rasuah membabitkan pembantunya. - AFP

Tiada ulasan: