25 Januari 2013

NGO lapor ke Jawi bantah filem tamil hina Islam

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan An-Nasr hari ini membuat laporan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubungan dengan sebuah filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam.

Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi Harakhdaily mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.

"Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.

"Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara," jelasnya.

Beliau mendakwa, filem tersebut telah mengambarkan bahawa umat Islam sebagai penganas kerana ajaran yang ditunjukkan dalam Al-Quran.

Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.

"Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India)," katanya.

Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.

harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam filem itu seorang terrorist berkata dia berkeliaran selama hampir setahun di tamil nadu,adakah ini dianggap menghina masyarakat islam di sana.Rakyat Malaysia sendiri pernah ditangkap kerana terlibat dengan pengganas,itu bukannya bermaksud seluruh rakyat Malaysia pengganas.Di india ianya hanya gimik politik oleh persatuan islam untuk menarik perhatian.hampir 90% kawan saya beraga islam dan saya boleh beri jaminan 100 % bahawa filem ini hanya anti terrorism dan bukan anti islam,Jangan berfikiran jumud,keluar dari kepompong kejumudan