06 Februari 2013

Pakatan lancar manifesto PRU 13 pada konvesyen ke-4, 25 Feb

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

SaifuddinKUALA LUMPUR 6 Feb: Pakatan Rakyat akan melancar dan membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada konvensyen kali keempat pada 25 Februari ini. 

Kerusi PRU 13 yang akan dipertandingkan turut diumum pada konvesyen yang bakal berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu. 

Menurut Pengarah Konvesyen, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, persiapan siap dilakukan dan hanya menunggu kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

“Saya sudah bagi arahan kepada semua, tapi secara rasmi mengenai isi kandungan, siapa yang hadir, format ucapan, semua itu saya akan nyatakan dalam sidang media selepas diperaku oleh Majlis Presiden. 

“Ia dipersetujui di peringkat Majlis Presiden. Tapi dalam minit (mesyuarat), mereka kena luluskan dahulu, sebelum kita mulakan kerja. Ini mengambil kira jika ada perbezaan dalam tempoh mesyuarat lepas dengan mesyuarat terbaru,” jelasnya kepada Keadilan Daily

Saifuddin berkata, walaupun draf mengenai persiapan konvensyen siap sepenuhnya, ada beberapa keperluan yang perlu diperinci dan diberi tumpuan sebelum diumum. 

“Ada pandangan daripada pemimpin Pakatan supaya selesaikan dahulu, baru buat pengumuman. Kalau masih sangkut, bagaimana mahu buat kerja-kerja konvensyen. Keputusan mesti disepakati oleh semua gabungan parti, ini dasar kita. 

“Kalau saya umum bermakna saya mendahului,” kata Ahli Parlimen Machang itu.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek memberitahu, kehadiran perwakilan dan delegasi setiap komponen berdasarkan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berlaku dalam masa terdekat.

“Kita masih tidak dapat tentukan sebesar mana majlis kerana bergantung kepada pembubaran Parlimen. Skiranya dibubarkan sebelum 25 Februari, sudah pasti konvesyen ini akan diadakan secara besar-besaran.
“Konvesyen itu nanti kita akan lancarkan manifesto dan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dalam PRU 13, bukannya calon,” katanya ketika dihubungi. 

Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga.

harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh tunai janji ke....byk janji tp x tunai...itu munafik....