11 Mac 2013

Bebola ikan berdarah

Foto28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Jempol: Seorang bapa dan bayi lelakinya berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Besar FELDA Palong 1, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira jam 8.15 malam itu, pemandu kereta, Norshah Rizan Nordin, 32, mati akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah jam 2.45 pagi semalam, manakala anaknya, Muhamad Danish Farhan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemalangan.

Norshah Rizan bersama lima anggota keluarganya dikatakan baru pulang dari membeli barangan keperluan di Pekan Gemas dan lebih pilu ketulan ayam goreng serta bebola ikan bertaburan dengan darah di dalam kereta itu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, dua penumpang kereta parah iaitu bapa Norshah Rizan iaitu Nordin Sidek, 59, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), manakala ibunya, Sawiyah Tompang, 59, menerima rawatan di Hospital Segamat.
KERETA mangsa remuk teruk dalam nahas meragut dua nyawa, malam kelmarin.

“Turut menerima rawatan di Hospital Segamat ialah isteri Norshah Rizan iaitu Nor Aini Atan berusia 27 tahun dan anak pertama mereka, Muhamad Danish Irfan, 4.

metro/-

Tiada ulasan: