12 Mac 2013

Gempa 5.1 magnitud gegar Selatan California

29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


LOS ANGELES: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggegarkan kawasan di Selatan California, awal hari ini. 

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata pusat gempa berlaku di kawasan padang pasir berhampiran Anza, kira-kira 160 kilometer di Selatan Los Angeles. 

Gempa awal pagi itu dirasai di kawasan tempatan. Ia juga dirasai di pusat bandar Los Angeles. - AP 

Tiada ulasan: