25 Mei 2013

Sambungan Lintas Langsung Perhimpunan Suara Rakyat 505

15 Rejab 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-


11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang hilang apabila dibasuh selepas selesai mengundi.

"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya.
11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.
NONE
Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.

Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.
10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.

NONE"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.

"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.

"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.

"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.

"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.

"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.
NONE10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.

"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.

10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.

Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
NONE9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli (kiri) berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.

Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.

"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.

"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan  berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.

Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.
NONE9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.
9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.
9.20pm - MP Kuantan, Fuziah Salleh sedang bercakap sekarang dan katanya, gaji Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri  Abdul Aziz Yusoff tidak akan menjadi "halal" jika SPR terus mengabaikan pendapat orang ramai.

NONE9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan (kanan) yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.
"Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,
Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," 
disambut tepukan hadirin.
9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.

Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.
9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.
NONE8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.
7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 
7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.
NONEBadrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:

1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.

Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
6.45pm - Aktivis pelajar KS Bawani, yang menjadi terkenal kerana ungkapan "Listen, listen, listen" yang turut berucap, menggesa hadirin supaya mengajak rakan-rakan dan saudara-mara mereka supaya menyertai perhimpunan untuk menegakkan hak rakyat.

Tiada ulasan: