21 Jun 2013

Kota Tinggi, Pasir Gudang catat IPU berbahaya pagi ini

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Johor iaitu Kota Tinggi dan Pasir Gudang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya sehingga jam 7 pagi tadi. 

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan di Kota Tinggi pagi ini ialah 313 manakala di Pasir Gudang ialah 310. 


Bacaan IPU melebihi 300 ialah tahap berbahaya. 
Akhbar hari ini melaporkan, semua 491 sekolah di Muar, Ledang, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273, 433 pelajar ditutup serta-merta selama dua hari mulai semalam akibat jerebu yang mencapai tahap bahaya. 

Sementara itu, bacaan lain ialah di Bandar raya Melaka dengan 192, diikuti Larkin Lama 190 dan Muar dengan 183. 

Secara keseluruhan pula, 72 peratus kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, 14 peratus tidak sihat dan 10 peratus adalah baik. BH/-

Tiada ulasan: