21 Jun 2013

PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu
Rami Hamdallah
RAMALLAH: Perdana Menteri baru Palestin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden negara itu, Mahmoud Abbas selepas baru dia minggu memegang jawatan berkenaan atas alasan berbalah mengenai kuasa.
Tidak dapat dipastikan jika Rami Hamdallah, bekas dekan di sebuah universiti, meletak jawatan atau menggugut meletak jawatan bagi mendapat lebih kuasa daripada Abbas. 

Peletakan jawatan Hamdallah memberi isyarat mengenai keadaan kucar-kacir dalam Lembaga Pentadbiran Palestin dan berpotensi memalukan pihak Abbas. 

Penasihat Presiden, Nabil Abu Rdeneh berkata, Abbas menerima peletakan jawatan berkenaan dan akan menimbangnya. - AP 

Tiada ulasan: