16 Julai 2013

22 orang cedera dalam keganasan terbaharu di Mesir

7 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 16 Julai - Polis Mesir dan penunjuk perasaan bertempur di sini, awal hari ini selepas tercetusnya pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi ketika kedua-duanya cuba menyekat laluan utama menyeberangi sungai Nil.

Agensi berita MENA melaporkan, sekurang-kurangnya 22 orang cedera dalam keganasan yang bermula sejak pukul 9 malam tadi (3 pagi tadi waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga awal hari ini.

Sekumpulan pemuda lelaki yang memakai penutup mulut untuk mengelak daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis, bertindak balas dengan membaling batu ke arah polis sambil mengucapkan slogan pro-Musri serta anti-tentera.

Helikopter tentera turut berterbangan di ruang udara di kawasan kejadian di tengah Kaherah dan beberapa van polis turut dihantar untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - REUTERS

Tiada ulasan: