29 Julai 2013

Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh

20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di tempat kejadian terkena tembakan di leher, manakala dua lagi dikenali 



Koo Loo Kong, 55 dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, cedera serta masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua lagi rakan lain sebelum diserang dua lelaki. 


"Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan empat das tembakan dan mengenai tiga mangsa. 

"Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya. BH/-

Tiada ulasan: