20 Julai 2013

Pengundi Awal Kuala Besut Tunai Tanggungjawab

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Seorang anggota keselamatan membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Sabtu. -foto THE STAR/Zabidi Tusin

BESUT: Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Sabtu.
Kedua-dua pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab mereka seawal pukul 8 pagi di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.
Dua saluran disediakan bagi kumpulan pengundi berkenaan.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
PRK DUN Besut menyaksikan saingan sengit antara dua muka baru iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) dan Endut @ Azlan Yusof yang mewakili PAS.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor Kelas A yang berjaya.

Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long antaranya terlibat dalam membina sepenuhnya Bangunan Maahad Tahfiz Sains kelantan yang bernilai RM 11 Juta

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

Tiada ulasan: