05 Julai 2013

Pengundi Kuala Besut Mesti cerdik

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BETUL seperti yang ditulis oleh Selena Tay dalam Harakah harga barang makanan  naik melambung selepas PRU13.

Dia menyebut tentang bawang merah di sekitar Kepong yang sekitar RM8 sekilogram sebelum 5 Mei sudah jadi RM13 sekilogram selepas pilihan raya.

Saya pernah menulis tentang kedai runcit dekat rumah  saya. Sebelum pilihan  raya pekedai itu berbelanja kurang dari RM2,000 sehari untuk melengkap barang jualannya. Sekarang dia terpaksa berbelanja RM3,000 sehari untuk membeli barang jualan yang sama dengan kuantiti yang  sama.

Dia tidak  lagi boleh jual dengan harga yang sama.
Pendapatan kami tidak bertambah. Cili yang seringgit separuh dari yang  dibeli  dulu. Untuk beli pisang sebanyak yang dibeli dulu, kena bayar hampir sekali ganda sekarang.

Dalam seminggu dua tiga petang saya membeli pisang  goreng. Ia kegemaran dua cucu yang baru bersekolah. Dulu saya beerbelanja RM3 sekali beli untuk semua keluarga. Sekarang dengan lima ringgit sudah  tidak  sebanyak dulu.

Penjual itu  tidak salah sebab  dia dapat bekalan dengan harga yang baru.

Saya  tidak fikir ia berlaku di Kuala Lumpur  saja. Ia juga  dipercayai berlaku di Kuala Besut yang akan menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Adakah pengundi  di Kuala Besut sedar kenaikan yang mendadak dan adakah mereka sudah mengalaminya?

BRIM RM500 sebelum PRU dulu bealum tentu diberi lagi dalam masa beberapa bulan ini. Duit sebesar itu tidak  dapat menampung keperluan tambahan harga barang bagi tempoh dua bulan. Sebulan pun tidak berapa cukup.

Kita tidak tahu apa yang kerajaan dapat buat untuk membantu pengundi membeli barang keperluan dalam tempoh yang terdekat?

Kenaikan itu sudah diduga sebelum PRU itu. Kalau BN berkuasa lagi harga barang tidak dapat disekat dari naik. Sementara beberapa bulan kempen itu dapat pula dihalang kenaikannya. Tetapi bila ia menang semula,  barang pun naik mendadak.

Oleh kerana wujud kesebokan bantahan SPR dikatakan membantu penipuan pilihan raya, maka kerajaan dapat mengelakkan orang bising tentang kenaikan harga mendadak itu.

Hal ini kena hebahkan kepada pengundi Kuala Besut. Pengundi PRK boleh gunakan kecerdikan mengundi calon pembangkang bagi menekan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan semua barang itu. Belum tentu harga itu boleh  diturunkan seperti dulu kiranya  calon BN kalah. Tetapi kalau ia kalah, ia akan memikirkan untuk melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya dihalang ia dari naik lagi. 

Pada  masa  ini, jika ia tidak dinaikkan lagi adalah yang terbaik. Kita tahu kerajaan yang ada tidak dapat menurunkan yang sudah naik. Dan adalah diragukan ia dapat menghalang kenaikan lagi.

Jika  dibiarkan nak jadi kepada kita semua kerana kerajaan sudah tidak boleh ditukar dalam masa lima tahun ini.

Tetapi kerajaan yang lemah ini boleh diajar dengan mengalahkan calon BN  di Kuala  Besut. Soal siapa hendak memerintah Terengganu sekarang tidak lagi penting sangat. Jika BN menang semula, ia tidak menjadikan kerajaan yang ada itu kuat sangat. Jika ada mati lagi selepas ini, kekalutan yang sama akan berulang lagi.

Harapan  semua rakyat di seluruh negara adalah kepada pengudi Kuala Besut sekarang. Perubahan di Kuala Besut dapat membantu masalah rakyat  di seluruh negara yang menghadapi kenaikan harga barang itu menjadi perbincangn panas. Kenaikan itu dirasa oleh semua. 

Kebanyakan orang  tidak peduli kes Altantuya. Tapi barang naik melambung menyakit dan mencekik semua orang. Undi orang Besut bukan sekadar kerana kepenting mereka saja, bahkan ia adalah kepentingan sekalian rakyat yang tertindas.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami Penyokong penyokong Tegar UMNO/BN di kampong kampong dan rancanagan Felda tidak terjejas dengan kenaikkan harga barang, malahan kami GEMBIRA teramat sangat dapat membantu kerajaan BN. Yang terjejas ialah penyokong pembangkang yang tidak bijak mengambil peluang.

Kami akan keluar mengundi BN pada PRK Kuala Besut nanti.Kami tidak mahu pembangkang memerintah Terengganu.

Hidup UMNO, Hidup BN