06 Ogos 2013

Individu Dakwa Dirinya 'Agong' Dan 'Permaisuri' Antara Ditahan Cuba Masuk Istana

28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah".

"Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada 'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun.
"Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina.

Tiada ulasan: