7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
VALLETTA: Sekurang-kurangnya 50 pendatang termasuk berpuluh kanak-kanak dilaporkan maut hari ini selepas bot yang mereka naiki karam antara perairan Malta dan Sicily, demikian menurut agensi berita Itali, Ansa.
Laporan itu menyebut, bot berkenaan membawa 150 penumpang dan diselamatkan sebuah kapal Malta dengan 50 lagi diselamatkan oleh tentera laut Itali.
Kejadian itu berlaku selepas seminggu bot karam di Pulau Lampedusa, Itali dengan lebih 300 pendatang terkorban.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam masih diteruskan. Namun keadaan laut dengan angin kencang agak menyulitkan operasi ini," kata seorang jurucakap tentera laut Malta. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan