7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
WELLINGTON: Gempa kuat 6.3 magnitud melanda kepulauan terpencil Kermadec di Selatan Pasifik, awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa berlaku jam 9.24 pagi waktu tempatan. Kepulauan Kermadecs yang terletak di utara New Zealand terletak dalam zon lingkaran gunung berapi.
Dua minggu lalu, gempa berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah yang sama. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan