18 Oktober 2013

7,000 tiket ATM-Kelantan habis dijual dalam dua jam


13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SELAYANG: Kira-kira 7,000 tiket yang diperuntukan untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan di Stadium Selayang malam ini, habis dijual dalam tempoh dua jam selepas kaunter jualan tiket dibuka.

Tinjauan BH Online mendapati penyokong kedua-dua mula beratur di perkarangan stadium bagi mendapatkan tiket seawal jam 8 pagi tadi. 


Rata-rata penyokong yang hadir kesal dengan tindakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera yang menukar lokasi perlawanan separuh akhir pada saat-saat akhir. 

Bagi penyokong Kelantan, Zamri Dollah, 44 menyifatkan bahawa tindakan tuan rumah memindahkan perlawanan ke stadium lebih kecil adalah tidak wajar.

"Ini perlawanan separauh akhir Piala Malaysia... dah tentu ramai yang akan datang sebab nak tengok aksi bintang pasukan masing-masing," katanya ketika ditemui di Stadium Selayang itu. 

Stadium Selayang boleh memuatkan kira-kira 10,000 penyokong untuk setiap perlawanan yang diadakan.BH/-

Tiada ulasan: