06 Oktober 2013

Chicago pulih selepas beberapa hari dilanda ribut salji, taufan

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

CHICAGO: Utara Midwest di sini kembali pulih selepas beberapa hari dilanda ribut salji terburuk yang menyebabkan berpuluh orang terperangkap di dalam kenderaan di barat Sout Dakota dan menghasilkan beberapa taufan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera di pinggir bandar Nebraska dan Iowa.

Lebih 80 pemandu dilaporkan terkandas di barat South Dakota selepas ribut salji membadai dari Pergunungan Rocky hingga Utara Plains setinggi tiga kaki.
"Keutamaan kami sekarang ialah untuk mememindahkan penduduk ke tempat yang selamat," kata jurucakap Pejabat Pengurusan Kecemasan Wilayah Pennington-Rapid City di South Dakota, Alexa White.
Di timur, pasukan kecemasan membantu membersihkan serpihan rangka rumah dan sampah yang dibawa oleh ribut taufan di Iowa dan Nebraska selepas 18 taufan dilaporkan mendarat lewat malam tadi.
Sementara itu, seramai 15 cedera di Wayne, Nebraska, termasuk seorang lelaki yang patah tulang belakang apabila trak pikap menghempapnya. - REUTERS

Tiada ulasan: