27 Oktober 2013

Penyanyi dangdut calon Presiden Indonesia


22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Ahmad Muhajir,
SENARAI nama pengundi ( Daftar Pemilih Tetap) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Indonesia yang akan berlangsung pada 9 April 2014 terpaksa ditangguh dua minggu lagi untuk disahkan oleh Komisi Pemilihan Umum (semacam SPR di Malaysia).


Senarai pengundi itu  seharusnya disahkan pada 23 Oktober lalu, namun kerana wujud  20.3 juta pengundi berdaftar yang bermasalah seperti jantina yang meragukan, tiada tempat lahir, tidak jelas status perkahwinan dan tiada keterangan sudah berkahwin yang berumur 17 tahun ke atas.

Yang akan mengundi pada PRU keempat setelah reformasi 21 Mei 1998 berjumlah 186.8 juta orang. Bagaimanapun bukan hanya pengundinya sahaja  bermasalah, senarai calon untuk mewakili rakyat baik di pusat, negeri dan  daerah ini, juga bermasalah. Ada yang disyaki rasuah, menyalahgunakan kuasa semasa menjadi pegawai kerajaan, dan ada lagi kes-kes lain yang diketahui ramai.

Inilah  yang menjadi masalah pemerintah selalu meneriakkan slogan antirasuah, membela rakyat, tetapi nyatanya ini hanya ucapan atau slogan yang penuh kepura-puraan. Nasib rakyat tidak pernah difikirkan, yang jadi pemikiran oleh kalangan atas adalah bagaimana mahu menjadi calon, bagaimana nak menang. Parti Golkar dengan segala masalahnya sebagai parti warisan zaman Suharto, belum lagi PDI-P gabungan dari belbagai parti yang diketuai oleh PNI parti warisan Sukarno.

Belum lagi parti baru yang wujud setelah reformasi banyak lagi masalah. Ini berkaitan pula dengan munculnya nama ‘Bunda Puteri’ yang juga punya hubungan baik dengan Presiden Sosilo Bambang Yudhiyono (SBY) dan  ketua majlis syura salah sebuah parti, yang dulunya sebagai parti Islam.

Jangan lagi disebut Parti Demokrat partinya Presiden SBY di mana dia merangkap semuanya mulai dari Ketua Dewan Penasihat Parti kini menjadi Presiden Parti pula, dan berlawanan pula dengan Anas Urbaninggrum, yang dulu Presiden Parti Demokrat yang didapati rasuah dalam kes pembangunan sekolah sukan di Hambalang Bogor. Lalu dia dipecat namun belum dipenjarakan.

Anas bersama rakan-rakanya mewujudkan pula Pergerakan Indonesia, sebuah gerakan baru yang juga mulai ditakuti oleh pemerintahan SBY. SBY tetap risau dan melihat hari depannya yang tidak pasti, kerana diperkirakan partinya akan  kalah besar pada PRU April 2014 nanti, apalagi nama SBY atau anaknya Agus Trimurti Yudhoyono, yang merupakan Setiausaha Agung Parti Demokrat disebut-sebut terkait dengan kes hilangnya wang bank Century.

Jadi nampaknya sekarang “pencuri berteriak pencuri” siapa sebenarnya yang mencuri? Sementara SBY sudah mulai menghitung hari-hari berakhirnya kekuasaan sebagai presiden pada 20 Oktober 2014, makanya dia beria-ia benar agar adik iparnya Jeneral (B) Pramono Eddie Wibowo boleh menang pada PRU Presiden pada Julai 2014 akan datang. Sementara Raja Dangdut Rhoma Irama, (gambar) yang kemungkinan akan dicalonkan sebagai presiden oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP).

Ide dan  falsafah Rhoma Irama sederhana sahaja, apabila rakyat Indonesia yang kini menjangkau 254 juta, pening-pening memikirkan masalah hidup;  ekonomi, politik dan apa sahaja, terutama rakyat miskin maka diajak bermuzik dangdut, dia akan lupa dengan masaalah kehidupannya kerana sudah asyik bermuzik dangdut.

Dalam kaitan kes Ratu Atut Chosiyah gabenur Banten dari Golkar yang didapati rasuah tidak mustahil dia didapati bersalah oleh Komite Pemberantasan Korupsi-KPK (semacam SPRM di Malaysia) dan dia akan digantikan nanti oleh Rano Karno dari PDI-P. Rano dulu yang terkenal berlakon bersama arwah Benyamin Suaeb itu, diharap untuk dapat menahan diri dan jangan terlalu bernafsu.

Berkaitan dengan masaalah DPT ini tidak boleh dipisahkan dengan sistem baru, dimana dalam membuat IC/KP atau di Indonesia disebut Kartu Tanda Penduduk (KTP) kerana sudah menggunakan E-KTP, jadi tidak boleh sembarangan jadi pengundi, apalagi lagi mahu menjadi pengundi hantu (yang dipanggil dengan pemilih misteri). Jadi jika ada rakyat Indonesia yang sudah menjadi warganegara asing, tidak senang membuat KTP baru bila balik ke kampung halamannya atau negara asalnya dimana dia lahir.

Memang penjajah Barat, yang memecahbelahkan umat Islam dengan geografi dan negara-negara ini, menjadikan kita umat Islam menjadi berpecah dan  terpisah-pisah. Makanya Almarhum Sayyid Abul A’la Al Maududi, dengan tegas mengatakan umat ini janganlah menjadi terpisah dan berpecah kerana geografi dan negara, kerana kita satu berada dibawah pegangan akidah yang sama iaitu La Ilaha Illallah.

Ini juga langkah yang akan ditempuh oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan untuk beberapa tahun mendatang, dimana umat Islam diseluruh dunia dibenarkan melancong ke Turki, cukup pakai IC atau Kad Pengenalan sahaja, kerana Turki adalah negara dan negerinya umat Islam. Jadi Erdogan bukan hanya sebagai mewarisi pemikiran dan kesufian Said Badiuzzaman Said Nursi, tetapi juga ingin mewujudkan cita-cita yang sudah digagas oleh Al Maududi, yang berpulang kerahmatullah pada 22 September tahun 1979, ulama besar dunia Islam pemikir pendakwah politisi dan penulis hebat ini dengan berbagai karya dan nukilannya lahir pada 25 September 1903.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: