01 November 2013

87 mayat pendatang tanpa izin ditemui di sempadan Algeria

27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

NIAMEY 1 Nov. - Sebanyak 87 mayat pendatang tanpa izin yang mati kelaparan di temui, beberapa meter dari sempadan Algeria, di kawasan gurun Sahara, semalam.

Menurut sumber, tujuh mayat pendatang asing itu terdiri daripada tujuh orang lelaki, 32 orang wanita dan 48 kanak-kanak berjaya ditemui, termasuk lima mayat yang ditemui lebih awal.

Kesemua mereka memulakan perjalanan pada akhir September lalu sebelum ditemui mati pada awal Oktober lalu selepas gagal dalam percubaan untuk ke Algeria. - AFP

Tiada ulasan: