03 November 2013

Dua parah, 24 cedera bas rempuh belakang lori di Kuala Kangsar

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Dua parah manakala 24 cedera apabila sebuah bas merempuh belakang lori di kilometer 231.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi tadi. 

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.40 pagi tadi dan pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit. 

Katanya, maklumat awal mangsa yang parah adalah pemandu bas dan pemandu bas gantian manakala semua 24 penumpang diberi rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar. bh/-

Tiada ulasan: