- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Muktamar PAS ke-59 telah berakhir. Pemilihan telah selesai. Sekalung tahniah kepada semua petugas parti sesi lalu. Jasa kalian tidak akan dilupakan. Kepenatan bersama menggeraklan jamaah ini, adalah nikmat perjuangan. Semua petugas bergerak sebagai sabuah jamaah. Inilah ukhuwah dan nikmat perjuangan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayatinya.
Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa dari Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian. Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini
Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa dari Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian. Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini
Kebiasaannya beliau akan menasihati semua kita sama ada pimpinan di pentas, perwakilan atau pemerhati. Namun kali ini tiada lagi nasihat dan tazkirah dari beliau, tiada lagi doa dan munajat beliau di akhir Muktamar. Kelibatnya sudah tidak kelihatan di pentas utama pada hari penutup Muktamar. Beliau terpaksa berlepas pulang lebih awal kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Sesusuk tubuh kecil sudah tidak kelihatan lagi pada hari kita mendengar penggulungan dari Presiden parti.
Apakah kita masih boleh melihatnya di pentas utama pada Muktamar tahun hadapan?. Semua akan mwngharapkan demikian. Kami pimpinan masih memerlukan teguran dan nasihat beliau. Saya sempat bersama beliau sewaktu menghadiri mesyuarat syura yang diadakan pada petang Jumaat lalu. Ternyata Kesihatannya tidak mengizinkan beliau meneruskan mesyuarat. Walau tidak banyak isu yang kami bincang, kerana mesyuarat tersebut lebih kepada memenuhi jadual mesyuarat yang sudah ditetapkan, namun itulah Musyidul Am yang kita kasihi. Beliau gagahkan juga untuk bersama kita. Marilah kita terus berdoa agar Allah sembuhkan beliau dan Muktamar akan datang kita akan dapat lagi mendengar nasihat, teguran dan doa daripada beliau.
Ya Allah, kami memohon rahmat kasihan belas-Mu agar Engkau kurniakan kesihatan kepada guru kami, pimpinan kami Mursyidul Am yang kami cintai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan