29 November 2013

Naik gaji: Kelab Penyokong akan jumpa Khalid

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kelab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor akan mengadakan perjumpaan khas bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam masa terdekat berkenaan isu kenaikan gaji Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sedang hangat diperkatakan.


Timbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat ini.
"Kita hentikan dahulu memberi sebarang kenyataan berhubung isu ini selepas kita mengadakan pertemuan dengan MB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebaik sahaja sesi pagi Sidang DUN ditangguhkan hari ini.

Pada sidang semalam, beliau mempertikai pihak yang membesar-besarkan isu itu sedangkan kenaikan sama di Sarawak tidak mendapat liputan media massa.

“Kenapa bila kenaikan elaun Adun di Sarawak tiada yang besar-besarkan isu? Semua Dun di seluruh negara akan turut menaikkan elaun Adun secara berperingkat.

“Tiada masalah pun, malah dari segi Islam pun tiada sekatan asalkan dengan cara betul,” katanya yang juga Adun Meru.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula, berkata kenaikan itu bukan untuk bermewah atau bermegah, sebaliknya menambah komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Budaya politik Pakatan Rakyat (PR) ialah kita mencegah elemen rasuah. Kita tidak mengambil projek daripada luar berbanding wakil rakyat yang dulu (BN).

“Wakil rakyat PR mesti ada elaun munasabah supaya tidak ambil projek atau tidak ‘sapu’ tanah. BN dulu tidak pedulikan elaun tetapi pentingkan projek,” katanya.



Harakahdaily

Tiada ulasan: