19 Disember 2013

Enam rentung dalam kemalangan ngeri di Bulatan Kg Pandan

15 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Enam warga asing rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline di Bulatan Kampung Pandan, di sini awal pagi semalam.

               
Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.

               
Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; dan warga negara Filipina ialah itu Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.
               
Dua warga Myanmar itu yang memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26, katanya ketika dihubungi di sini. 
               
Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.
               
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira hampir 1.00 pagi sebelum dua jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.
               
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

- Bernama

Tiada ulasan: