08 Disember 2013

Mangsa banjir Dungun menurun, Kemaman kekal

4 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU:  Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam tadi berbanding 22,706 orang pada sebelah petang semalam.

               
Penurunan angka ini disebabkan 620 orang mangsa di Dungun dibenarkan pulang berikutan air telah surut.
             
Bagaimanapun jumlah mangsa di Kemaman yang merupakan daerah paling teruk terjejas masih kekal seperti petang tadi iaitu seramai 18,676 orang daripada 4,177 keluarga.
               
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Marang hanya sebuah kawasan yang terjejas dengan seramai 37 orang daripada 13 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih.
               
Di Kuala Terengganu, keadaannya masih kekal dengan satu keluarga seramai enam orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Felda Belara.
             
Di Hulu Terengganu, keadaan yang pulih membolehkan 64 mangsa daripada 17 keluarga yang ditempatkan di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang lewat petang tadi. 


- Bernama

Tiada ulasan: