06 Disember 2013

PAS giatkan usaha bantu mangsa banjir

2 Safar 1435H. [MOD] -

KUANTAN: PAS hari ini mempergiatkan lagi usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir yang masih terperangkap dalam bencana yang bermula Selasa lalu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, usaha tersebut akan di pergiatkan lagi berikutan talian telekomunikasi dan elektrik yang berjaya dipulihkan malam tadi.
"Sebenarnya pergerakan kita terbatas dan seolah-olah hilang arah pada malam Rabu lalu apabila bekalan letrik terputus dan di susuli pula dengan bekalan telekomunasi yang memburukkan lagi keadaan," jelas beliau yang juga Yang Dipertua PAS Indera Mahkota.

"Hujan lebat yang luar biasa serta air pasang besar pada malam itu menyebabkan air melimpah terlalu cepat serta di banyak tempat yang selama ini tidak pernah di naiki air," ujarnya.
Menurut beliau,  PAS Indera Mahkota serta Pusat Khidmat Adun Beserah dibantu ahli dan penyokong PAS akan meneruskan kerja-kerja menyelamat dan menyampaikan bantuan setakat yang termampu.
Andansura menambah, sebaik sahaja bekalan di pulihkan, pihaknya mengerahkan seluruh jentera agar melipatgandakan gerakan menyelamat dan menyampaikan bantuan terutama kepada mereka yang terkandas di Cendor, Sungai Ular serta Cenderawasih.
Dalam lawatan ke Pusat pemindahan di Kampung Padang, Taman LKNP dan Cenderawasih malam tadi, pihak sukarelawan mendapati masih banyak barangan yang diperlukan mangsa banjir.
PAS Indera Mahkota menyeru warga Malaysia yang prihatin agar dapat bersama-sama menyalurkan bantuan kewangan ke akaun BIMB Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah no. 0601 9010 0773 87.

Tiada ulasan: