06 Disember 2013

Presiden PAS rasai denyut nadi mangsa banjir di Kemaman

2 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: “Hari ini sepetang saya turun ke Kemaman bagi bersama-sama merasai denyut nadi mangsa banjir di sana, banjir kali ini agak lain dari biasa,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menerusi facebooknya, beliau menyatakan ramai mangsa yang terjejas teruk kehidupan seharian. 

“Ayuh kita bersama-sama keperitan mereka.

“Dengan ini saya memohon agar setiap masjid di Negeri Terengganu serta PAS kawasan membuat kutipan bantuan untuk mangsa banjir, berupa kewangan, barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang serta barangan keperluan yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau juga memohon agar kutipan itu boleh dipanjangkan di negeri yang lain, insya Allah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Kemaman, Zulkifli Mat Yakin di talian 019-9834436.
Tuan Guru Abdul Hadi masih meneruskan operasi bantuan banjir di Kampung Teladas, Air Putih, Kemaman.

Tiada ulasan: