04 Disember 2013

Penstrukturan air Selangor berjalan lancar

30 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini rundingan mengenai penstrukturan semula air di negeri itu berjalan lancar.

               
Katanya tumpuan rundingan untuk minggu ini dan minggu depan adalah kepada perkara yang belum disepakati.

               
"(Rundingan) Sekarang tengah berjalan begitu hebat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Masyarakat Ekonomi Asean 2015, di sini semalam.
               
Rundingan itu yang dijangka berakhir hujung bulan ini melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd. 

 -Bernama 

Tiada ulasan: