31 Disember 2013

PKR: Potong elaun tak membantu sekat pembaziran

27 Safar 1435H. [MOD] -
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata langkah terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengurangkan elaun keraian kesemua anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus “tidak akan membantu” usaha menghentikan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

“Pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu isyarat bahawa pentadbiran beliau tahu kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN akhir-akhir ini, namun ia sedikit pun tidak akan membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pengurangan itu hanya akan memotong sebanyak RM1,698 dari dari RM16,979.
Walhal, perdana menteri bagaimanapun masih memiliki kira-kira RM6.8 bilion dalam bentuk dana untuk kempen politik yang tidak dipotong sedikitpun, dakwnya.

Beliau mendakwa jumlah RM6.8 bilion itu melibatkan dana pemudahcara sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat sebanyak RM900 juta, program mesra rakyat sebanyak RM 665 juta, program pembangunan RM1.1 bilion dan projek khas RM202 juta.

"Sedangkan perbelanjaan sebeginiliah yang menyebabkan wang rakyat dibazikan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Tiada ulasan: