04 Januari 2014

Hasut Guling Kerajaan Hanya Buat Untuk Suka-Suka

2 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUCHING: Pemegang akaun Facebook dengan nama Asmaelz Hadzeny II, 25, memohon maaf atas cubaan untuk menghasut orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan'.
Penganggur itu ditahan polis tidak lama selepas dia mengeluarkan kenyataan di Facebook pada bulan lepas, di Kampung Karambut di Saratok, kira-kira 400 kilometer dari sini.
Dia dibawa ke Bukit Aman dan direman sehingga dibebaskan pada Jumaat.

Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 10.25 malam yang tiba dari Kuala Lumpur berkata:
"Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi lelaki yang dibawa oleh anggota polis keluar dari balai ketibaan. Inilah kenyataan tanpa berfikir (akibat perbuatan) yang hanya untuk suka-suka menyuruh orang ramai untuk merusuh.
"(Tindakan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa."
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Tiada ulasan: