20 Januari 2014

Najib dihormati jika letak jawatan demi rakyat

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jika benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak inginkan sebuah negara yang baik politiknya, beliau perlu bersara dan menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan siapa yang layak membetulkan keadaan sekarang.


Justeru, Najib perlu mempunyai jiwa yang besar dan mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab yang tidak dapat diselesaikannya itu.

“Malahan tindakan beliau meletakkan jawatan itu akan membuatkan rakyat menghormati beliau kerana beliau akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat negara dan rakyat menjadi kacau-bilau,” tulis Aspan Alias di dalam blognya

Menurutnya, penyelesaian terhadap masalah yang negara hadapi sekarang tidak boleh ditunggu sehingga pilihanraya yang akan datang. 

Baginya, ia perlu diadakan dan dilakukan sekarang kerana sementara menunggu pilihanraya yang akan datang, negara akan menjadi lebih buruk lagi keadaannya dan takut ia tidak boleh diubati lagi.

“Jika benar Najib mahu menunaikan janjinya untuk mendahulukan rakyat maka kehendak rakyat sekarang ialah untuk beliau berundur dari memegang jawatan PM itu. 

“Dahulukanlah kehendak rakyat seperti dalam slogan binaan beliau itu,” tulisnya lagi.

Harakahdaily

Tiada ulasan: