16 Januari 2014

'Perompak Hamper': Orang Ramai Dinasihat Berhati-Hati - Polis

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Polis telah mengeluarkan amaran berhubung mesej yang disebarkan di internet dan sistem pesanan ringkas yang mendakwa sekumpulan perompak telah pergi ke rumah-rumah kononnya untuk menyampaikan hamper kepada penghuni.
"Kita tidak menerima apa-apa laporan dan boleh mengesahkan bahawa tiada kejadian seperti ini di Kuala Lumpur, " kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa.
Beliau berkata mesej yang tersebar adalah tidak benar tetapi menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan seperti ini.

"Adalah lebih baik untuk sentiasa berwaspada, terutama pada musim perayaan," katanya.
"Walaupun tiada laporan diterima, kami akan berwaspada dengan kumpulan seperti itu."
Mesej amaran telah tersebar mengenai kumpulan yang memasuki premis-premis persendirian atas alasan menghantar hamper dan kemudiannya merompak penghuni.
Dikatakan bahawa satu daripada kejadian berlaku di Kota Kinabalu pada Mac 2012 di mana 'kumpulan hamper' terbabit merompak seorang kakitangan kerajaan sebanyak RM30,000.
Khabar angin tersebut menyatakan bahawa seorang pembantu rumah membenarkan perompak yang tidak mencurikan itu masuk ke dalam rumah dan kemudian perombak terbabit mengeluarkan pisau dan parang yang disembunyikan di bawah hamper.
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata beliau tidak mendengar sebarang kes 'perompak hamper' tetapi mengendalikan satu kes melibatkan penghantaran gas memasak.
Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan mereka yang membawa hamper ke rumah.
"Ini mungkin boleh berlaku semasa Tahun Baru Cina, apabila terdapat banyak penghantaran hamper," Chong memberi amaran.
"Saya telah memberitahu pembantu rumah saya supaya tidak membenarkan sesiapa masuk dan meninggalkan hamper di luar rumah."
Pengasas Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia Mark Soh berkata dia juga tidak mendengar tentang rompakan ini tetapi menyedari kes-kes yang serupa melibatkan perkhidmatan kurier.

Tiada ulasan: