07 Februari 2014

Khutbah Jumaat : " Apa pentingnya Islam "

7 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -  


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dikasihi kerana Allah SWT,
Pada hari jumaat yang penuh keberkatan ini saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari  yang penuh keberkatan ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: APA PENTINGNYA ISLAM”.


Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Sekiranya kita ditanya secara spontan apakah kepentingan risalah Islamiah terhadap dunia ini? Adakah  setiap daripada kita mampu menjawabnya secara hikmah dan tepat? Satu soalan yang memerlukan perbahasan, penelitian dan pengamatan yang mendalam walaupun ia ditujukan kepada seorang yang menisbahkan dirinya kepada Islam. Namun berapa ramai di kalangan kita yang mampu menjawab persoalan ini lantaran tidak mengetahui hakikat Islam bahkan tidak ambil peduli terhadap pelajaran dan ilmu-ilmu Islam. Hakikatnya, Islam merupakan unsur terpenting di dalam kehidupan manusia dan alam ini. Jawapan ringkas untuk soalan tadi ialah Islam memperbaharui manusia, zaman, tempat dan agama. Mari kita lihat satu persatu perkara-perkara tersebut.
Pertama, memperbaharui manusia. Sesungguhnya manusia sebelum Islam ibarat mayat yang hidup. Dia tidak memahami hakikat kehidupan. Bagaimana dia dikatakan hidup sedangkan dia diperhambakan oleh para pembesar dunia, merasa lazat dengan keinginan hawa nafsu yang hina, menyembah berhala-berhala, berada di dalam kebatilan dan kesesatan. Akalnya tidak mampu memandunya kerana ia tempang dari mengenal kebaikan, terhijab dari mengetahui kebenaran. Tatkala Islam datang dengan petunjuk dan cahaya, ia menghidupkan manusia dari lenanya. Bagaimana tidak, risalah agama ini membawa bersamanya ilmu yang bermanfaat, akhlak yang luhur serta mengangkat martabatnya menjadi khalifah Allah SWT di bumi dan mengiktirafnya sebagai makhluk yang paling utama. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 70:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا ﴿٧٠﴾
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam  dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik  serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan

Ini diperkuatkan lagi dalam surat At-Tin ayat 4:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya).

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kedua,  memperbaharui zaman. Sesungguhnya zaman sebelum Islam berada di dalam kesesatan jahiliyyah dan penyimpangan dari sifat insaniah. Manusia ketika itu menghabiskan umur mereka terhadap perkara-perkara batil, dosa, mungkar dan keji. Apabila Islam datang menyinari ufuk kehidupan manusia, maka kita diajar bahawa masa itu terlalu bernilai dan ia ibarat pedang. Sekiranya kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita. Kita juga diajar bahawa setiap hari yang berlalu tanpa menghasilkan sesuatu yang berfaedah atau beramal dengan amalan yang  mulia atau menyediakan bekalan untuk akhirat maka hari tersebut tiada nilai di sisi agama. Bahkan ia merupakan hari malang yang akan memberatkan timbangan kejahatan di akhirat kelak. Ingatlah! Setiap orang akan ditanya di hadapan Allah Tabaraka wa Taala berkenaan umurnya, pada apa ia dihabiskan. Usia mudanya pada apa ia gunakan. Hartanya dari mana ia dapatkan dan belanjakan. Alangkah bernilai umur ini! Maka beramallah untuk kehidupan selepas kematian. Firman Allah SWT dalam surah at-taubah ayat 105:
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾
Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Ketiga, memperbaharui tempat. Sesungguhnya kebanyakan tempat di muka bumi ini sebelum kedatangan Islam dihidupkan dengan perbuatan-perbuatan dosa, zina, tempat-tempat penyembahan berhala, kelab-kelab arak, pusat-pusat judi dan hiburan. Alhamdulillah apabila Rasulullah SAW menghidupkan dakwah, tempat-tempat tadi telah bertukar dari fungsi asalnya. Bumi ini berbangga dengan dahi-dahi orang yang bersujud kepada sang Pencipta, berinhjhhhangan air mata orang-orang yang khusyuk, halaqah-halaqah ilmu dan zikir yang para malaikat melingkungi, rahmat menyelubungi, turun rahmat Allah SWT ke atas mereka bahkan nama-nama mereka disebut di hadapan penghuni-penghuni langit. Islam jugalah yang memuliakan sesuatu tempat seperti tanah haram Makah dan Madinah juga Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya melebihi dari tempat-tempat lain di dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 1:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١﴾
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
 
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
 أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang jumaat sekelian
Keempat, memperbaharui  agama. Bukanlah bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW membawa agama yang berbeza dengan para nabi terdahulu kerana agama yang dibawa oleh seluruh rasul ialah Islam. Hanyasanya baginda SAW menghidupkan semula agama ini selari dengan prinsip tauhid dan akhlak yang dibawa oleh para nabi sebelumnya. Pada ketika itu, agama yang dibawa oleh nabi Musa dan nabi Isa as telah diubah dan diselewang oleh para rahib dan pendeta agama. Mereka menjual agama untuk kepentingan dunia mereka. Amanah para nabi sebelumnya telah diacu semula berdasarkan nafsu dan dunia hinggakan tidak tinggal di atas mukabumi ini agama asal yang diturunkan dari langit. Maka Islam datang membetulkan dan menyempurnakan syariat rasul-rasul terdahulu. Allah SWT merakamkan perkara ini dalam surah al-maidah ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Maksudnya: Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu
Sesungguhnya agama Islam ini telah memandu manusia ke arah jalan ibadah yang benar, mengimani bahawa Allah itu Esa, tiada baginya anak, isteri, teman mahupun sekutu. Tiada suatupun yang menyerupainya sedangkan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Wahai Pengikut Nabi Muhammad SAW,
Demi Allah, inilah Islam yang kita menyeru kepadanya.  Demi Allah, inilah Islam yang mengetuk hati dan pendengaran kita untuk menyembah pemiliknya. Demi Allah, inilah Islam yang kita disuruh menyebar dan mempertahankannya walaupun jiwa dan darah menjadi galang gantinya. Inilah risalah yang telah mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya.

Satu soalan sederhana untuk saya dan tuan-tuan sekalian.
Apa yang telah kita buat untuk agama ini? Apa yang telah kita korbankan untuk membelanya? Apa yang akan kita jawab di hadapan Rabbul Jalil apabila kita ditanya sumbangan kita untuk agama? Allahu allah! Mari kita berfikir sejenak, meghisab diri yang penuh dosa dan hina ini di hadapan Tuhan Yang Maha Kaya dan Perkasa. Kita menyeru manusia kepada Islam berdasarkan bakat, kemampuan dan bidang masing-masing. Ayuh! Suburkanlah takwa di dalam diri, sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang bertakwa dan oranq-orang yang berbuat kebaikan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ . اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ .
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ . رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan. 



Tiada ulasan: