BEIJING: Media di China pada Isnin membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara mereka menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan.
Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal MH370 adalah dari China dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk dalam sejarah China.
Siasatan telah dijalankan ke atas suspek penumpang selepas kedua-duanya menggunakan pasport yang dicuri di Thailand.
"Pihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," akhbar 'Global Times' menulis dalam ruangan editorialnya.
"Tindakan awal dari Malaysia tidak cukup pantas.
"Terdapat kelemahan dalam kerja-kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," katanya.
"Jika ia adalah disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.
"Jika ini adalah satu serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu boleh dipersoalkan."
'The China Daily' menulis dalam ruangan editorialnya bahawa "unsur keganasan tidak boleh ditolak", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih gagal untuk menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang dapat menaiki pesawat dengan pasport curi.
"Siapakah mereka dan kenapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal akhbar tersebut.Mstar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan