10 Mac 2014

Travelog Idham Lim (9)

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
11. Kenangan Dulu2....selepas saya sembuh dari bersunat dan melihat keadaan agak tenang lalu saya balik ke Machang dan menetap di rumah ayah angkat Ust Abd Rahman Salleh yang letaknya sekitar 50 meter dari Mesjid Daerah Machang.

Disinilah saya menggunakan peluang yang ada untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Disamping saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti setiap pengajian agama yang diadakan di situ terutamanya kuliah subuh dan maghrib.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu yang semakin bertambah saya memulai langkah dengan berserban pada setiap hari. Cara lilitannya saya belajar dari ayah angkat sendiri.


Itulah rahmat dan pertolongan awal yang datang dari Allah untuk saya.saya diambil sebagai anak angkat oleh seorang yang kuat pegangan agamànya. Apa lagi Ayah angkat adalah seorang aktivis Pas yang bukan hanya dikenali di Machang malah di Kelantan. Beliau seangkatan antaranya dengan almarhum Ust Yahya Osman dan Ust Dato omar Ydp Pas kawasan Bachok Sekarang.

Kerana itulah siraman nasihat, ilmu dan aktiviti awal selepas masuk islam adalah berlatar belakangkan kepada jemaah Islam PAS. Saya sedininya dibawa oleh ayah angkat dalam banyak majlis pengajian yang dia pimpin. Begitu juga hadir dan banyak usrah Pas cawangan .Tidak kurang juga saya hadir dalam aktiviti Pas peringkat kawasan lain serta negeri Kelantan.

Disinilah medan saya bertemu dan diperkenalkan ayah angkat kepada pimpinan besar PAS di semua peringkat. Seawalnya pada satu majlis ceramah di sebelah Sek Men Wataniah Machang saya diperkenalkan dengan Ust Yahya Osman. Beliau pada malam itu menghadiahkan buku "Mengapa Saya Menganut Islam"karangan syeikh fathi Yakan yang saya miliki sampai sekarang. Dia menurunkan tandatangan dan sedikit nasihat dihalaman awal buku itu. Dialah orang pertama yang menghadiahkan kitab kepada saya.

Secara peribadinya Ust Yahya Osman adalah kawan baik ayah angkat yang paling rapat dan saya kenali.Beliau terlebih dulu dipanggil oleh Allah SWT beberapa tahun lepas.

Orang kedua kawan karib ayah angkat yang saya kenali lebih awal dan rapat dengan saya ialah Ust. Omar Bachok. Bila bertemu dengan beliau saya lebih suka memanggil beliau ayahanda.

Kedua watak diatas semuanya berada dipuncak kerier politik masing-masing dengan dilantik sebagai Exco Kerajaan Kelantan.

Berbalik kepada suasana awal yang saya hadapi. Dari tarikh habisnya peperiksaan STPM pada penghujung tahun 1985 dan selepas saya Istiharkan kepada keluarga bahawa saya masuk Islam. Ada cerita menarik bila seorang utusan dari keluarga iaitu sepupu saya datang menjenguk saya di Machang.

Pertemuan tersebit menimbulkan sedikit keraguan dipihak keluarga angkat sehingga saya diulang beberapa kali oleh emak kepada ayah ayah angkat yang saya panggil "Mak" supaya menjaga diri baik-baik.

Beliau adalah seorang guru. Bila bertemu kali pertama di sebuah kedai makan di Machang kalimah pertama yang keluar dari mulutnya "apa khabar dengan isteri kamu". Dengan tenang saya jawab..." mana saya khawin"..."saya masuk Islam kerana nak kepada Islam bukan kerana nak khawin dngan Melayu".

Dia kelihatan agak terkejut dan tidak percaya dengan kata-kata saya tadi dan merenung tajam wajah ini. Masa itu dia gunakan untuk memujuk saya kembali kepada keluarga dan saya tegaskan itu adalah keputusan yang telah saya buat selepas berfikir panjang dan matang.

Katanya lagi .."Kalau benar kamu masuk Islam kerana nak kepada Islam saya nak tengok kamu tidak khawin selepas ini selama 5 tahun".....

Apa jawapan saya...???

Bersambung.....

Tiada ulasan: