KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap berjaya mencerna pemikiran rakyat ke arah Islamik setelah sekian lama diselimuti budaya sekular.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, sebelum ini tidak ada model pentadbiran Islam di Malaysia biar pun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, sebelum ini tidak ada model pentadbiran Islam di Malaysia biar pun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.
“Pentadbiran negara diwarisi penjajah lebih menjurus kepada acuan sekular dengan memisahkan agama daripada politik. Namun apabila PAS berjaya mentadbir Kelantan pada 1990, tanggapan lama semakin lenyap.
“Tok Guru berjaya membuktikan Islam mampu mentadbir sesebuah kerajaan. Sedangkan pemikiran sekular peninggalan penjajah adalah sebuah kepalsuan,” katanya pada pelancaran buku biografi Tok Guru di Kota Darulnaim hari ini.
Buku tersebut ditulis pegawai Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Habibul Izzah Ahmad. Hadir sama Tok Guru Nik Abdul Aziz, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.
Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa menyanjung ketokohan dan keperibadian mantan Menteri Besar kerana sumbangan yang besar mengubah paradigma pemikiran rakyat.
Sementara itu Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, kempen Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri pada peringkat awal mendapat tentangan Adun-Adun BN.
Katanya, mereka pada awalnya tidak menyokong biar pun program itu memberi kesedaran terhadap tanggungjawab mendirikan solat dengan sempurna.
“Namun alhamdulillah sekarang program tersebut diterima secara meluas dan diadakan di seluruh Kelantan sehingga sekarang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan