27 Julai 2014

Dewan Muslimat PAS Selangor Bersama Presiden

29 Ramadhan 1435. [MOD] -

Kemelut percaturan MB Selangor sepatutnya tidak menjadi isu perbincangan hangat dikalangan ahli dan pimpinan PAS terutamanya dalam suasana menyambut kehadiran 1 Syawal ini. 

Isu dalaman PKR diseret sama ke dalam PAS yang menjadikan pimpinan dan ahli-ahli PAS bertelagah antara satu sama lain. Rakyat juga diseret sama dlm kemelut ini walaupun selama ini rakyat Selangor merasa sejahtera dgn kestabilan politik dan ekonomi negeri Selangor. Ana yakin TG Presiden membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang diterima secara terus daripada pimpinan BPPNS yang dibuat sebanyak 2 kali dan juga berdasarkan pengalaman politik dalam dan luar negara yang telah lama dilaluinya. 

Kesempatan juga diambil oleh Presiden di 10 mlm terakhir ini juga membantu Presiden utk berijtihad dalam membuat kenyataan tersebut. 

Kenapa wujudnya ahli-ahli dan pimpinan PAS menyangkal kenyataan presiden tersebut walaupun hujjah yg jelas dan terang diberikan oleh presiden? 

Insyaallah ana yakin keputusan TG Presiden ini akan dapat dilihat kebenarannya dan hikmahnya untuk perjuangan Islam di masa akan datang.

Marilah kita merapatkan saff dan thiqah dengan kepimpinan yg diterajui oleh TG HJ ABD HADI AWANG  yang kehebatannya diiktiraf oleh pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.
ALLAHU AKBAR !!! 3×

WAN HASRINA BT WAN HASSAN
Ketua DMPNS
28 Ramadhan 1435H

Tiada ulasan: