22 Ogos 2014

Pesawat bawa 20 jenazah nahas MH17 tiba di tanahair

26 Syawal 1435. [MOD] -



Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. 
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat, lapor Bernama.

Tiada ulasan: